Komposisi The First Step: Treasure Effect

Runut utama

YG Entertainment (YGE) menerangkan bahawa seni kata runut utama album, "My Treasure" mengandungi “maksud di mana semua orang adalah kesayangan yang unik, yang memberikan pesanan harapan untuk 'bangkit pada waktu-waktu sukar. Mentari akan terbit dan menyinar lagi esok'” dan menambah, “melalui lagu My Treasure, kami berharap para peminat yang telah menyokong Treasure dan orang di luar sana yang sedang menderita akan disenangkan hatinya”.[3] YGE seterusnya menyifatkan "My Treasure" sebagai “lagu pop yang berseri dan menarik” yang akan “menceriakan pendengar dan membuatkan mereka berasa lebih baik dalam masa sukar ini”.[12]

Semasa sidang akhbar dalam talian yang diadakan untuk pelancaran album The First Step: Treasure Effect, kumpulan Treasure menerangkan lagu "My Treasure" sebagai “sebuah lagu yang membawa pesanan kita ialah makhluk yang berharga. Melodi piano di permulaan dan bunyi bras menghasilkan harmoni, menjadikan suasana itu ceria”.

Lagu-lagu lain

Ditulis dan digubah oleh Lee Chan-hyuk daripada kumpulan duo AKMU, lagu "Slow Motion" membawa gambaran “maju dengan tenang sambil menggabungkan bes dan piano, menyatakan tema 'mari kita melalui dunia yang perit ini bersama-sama sambil berpegangan tangan, perlahan tetapi mantap'”. "Tetap Bersamaku" (tajuk asal: 나랑 있자) adalah sebuah lagu dengan bisikan yang menyatakan kamu seharusnya bersama denganku, dan "Jingga" (tajuk asal: 오렌지) pula sebuah lagu dengan “keadaan retro yang kedengaran biasa lagi segar”.[13]

Rujukan

WikiPedia: The First Step: Treasure Effect http://www.billboard-japan.com/charts/detail?a=hot... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20210111001... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... https://tv.naver.com/v/17854100 https://yg-life.com/archives/163529?lang=en https://yg-life.com/archives/163571?lang=en https://yg-life.com/archives/163643?lang=en https://yg-life.com/archives/163852?lang=en